Sabtu, 19 September 2015

Rombongan dan Perjalanan

Ada pelbagai jenis perjalanan dan rombongan. Semua dengan tujuan masing-masing, menuju destinasi tersendiri..

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda:

وفد الله ثلاثة الحاج والمعتمر والغازي

“Rombongan Allah ada tiga; iaitu orang yang menunakan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang (di jalan Allah).” [Shahih Ibnu Hibban 9/5 (3692)]

 Al-Manawi rahimahullah berkata: 

قادمون عليه امتثالاً لأمره

“Mereka adalah orang yang menuju dan mendatangi Allah untuk melaksanakan perintah-Nya.” [At-Taisir 2/315]

Perjalanan yang baik adalah perjalanan ibadah yang bertujuan mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Rombongan dengan tujuan ini adalah sebaik-baik rombongan.

Semoga Allah  memilih kita untuk menjadi mereka yang berada dalam rombongan-Nya.. 

Aamiin..

Tidak ada komentar: